KESAKSIAN CHARIAH BY RIZKI EMELIA
KESAKSIAN CHARIAH
Saya telah dilahirkan anak lelaki kepada
keluarga Muslim di Malaysia. Keluarga kami mempunyai tradisi keagamaan
dan politik yang panjang dan penting di Malaysia. Sebagai orang-orang
kenamaan di dalam sebuah negara Islam, agama Islam telah memainkan
peranan utama dalam semua aspek kehidupan seharian kami.
Saya
telah dibesarkan mengikut adat istiadat Islam, diajar bahasa Arab,
pendidikan Al-Qur'an, upacara-upacara penyucian, doa, puasa dan
sebagainya. Tetapi saya juga mempunyai kesempatan untuk kerap mengembara
dan bermastautin semasa kecil di berbagai-bagai negara asing dan
menimba ilmu pengetahuan mengenai kebudayaan-kebudayaan dan agama-agama
yang berlainan. Saya berpeluang berkenalan dengan penganut-penganut
agama Buddha, Hindu, Yahudi, Kristian dan teramat ingin tahu, yang
manakah satu-satunya agama yang betul. Memang jelas tidak mungkin adanya
Allah yang Esa tetapi ada pula pelbagai jalan untuk mengenal Dia kerana
ajaran dan perintah-perintah setiap agama itu kerap bercanggah; maka
tidak mungkinlah Allah yang sama yang memberi ajaran agama-agama
tersebut kepada manusia. Renungilah alam ciptaan-Nya! Belajarlah
hukum-hukum fizik. Setiap hari kita dapat menikmati seorang Pencipta
dengan kebijaksaan, pengetahuan dan logik yang tidak terbatas!
Selanjutnya, Pencipta ini tidak mungkin begitu mengelirukan dan kelam
kabut seperti yang dilambangkan oleh agama-agama di dalam dunia ini.
Saya
teringat kepada satu peristiwa ketika berumur enam tahun. Oleh kerana
darjatnya ayah sering ke merata-rata tempat sehingga kadang-kadang saya
tidak bertemu dengannya untuk berbulan-bulan. Pada suatu hari, saya amat
merinduinya dan ingin bertemunya. Terlintas pada fikiran saya pula
untuk berdoa kepada Allah agar membawa ayah pulang. Tetapi pada ketika
itu, timbul pula masalah yang besar! Saya maklum akan bagaimana berdoa
dalam bahasa Arab dan juga upacara penyucian tetapi saya tidak erti
langsung bagaimana berdoa kepada Allah untuk keperluan yang khusus. Saya
tidak mampu berdoa kepada Allah untuk hasrat itu dalam tertib yang
berpatutan, disusuli dengan ayat-ayat yang betul dan teratur bentuknya.
Saya hanya mengenal Allah sebagai Tuhan yang sangat, sangat jauh. Dia
Tuhan Kudus yang hanya dapat dijangkau melalui pendalaman ilmiah
Al-Qur'an berserta perintah-perintah di dalamnya, upacara-upacara
penyucian yang betul serta Bahasa Arab yang betul. Sebaliknya, saya
mempelajari bahawa agama Kristian itu sebagai agama yang mudah,
berasaskan kasih dan maaf - yang sentiasa sedia menerima mereka yang
lemah dan tidak layak. Saya selalu kagum apabila menonton filem-filem
Kristian semasa kecil. Sebagai contoh, dalam kisah Quo Vadis, golongan
orang Kristian yang ditindas dan diseksa oleh orang Rom, dengan hati
yang rela sedia memaafkan perbuatan orang Rom yang keji itu. Golongan
orang Kristian itu kemudiannya telah dibuang untuk dibaham singa-singa
buas yang lapar di gelanggang perlawanan (amphitheater). Berhadapan
dengan maut, mereka mula memuji dan menyembah Tuhan mereka. Saya dapat
merasai satu tenaga kuat yang tidak dapat dijelaskan tersebar daripada
kumpulan Kristian itu. Mereka lemah, namun kuat. Mereka menghadapi maut,
tetapi pasti akan hidup untuk selama-lamanya. Saya sangat kagum tetapi
juga keliru. Akhirnya, saya membuat keputusan untuk berdoa dengan
neutral dan memohon kepulangan ayah tidak lewat dari esok.
Pada
keesokan harinya, terdapat ketukan di pintu. Ketika saya membuka pintu,
terlihatlah wajah ayah yang bersenyum ke arah saya. Ayah memaklumkan
bahawa dia mahu memeranjatkan kami dengan kepulangannya! Alangkah
gembiranya perasaan saya dan saya tahu bahawa doa saya itu telahpun
dikabuli Allah. Pada waktu itu, saya sudah yakin akan kewujudan Allah.
Tetapi masih terletak pada hati saya azam untuk mengetahui siapakah
Allah yang sebenarnya!
Ketika di tanahair, saya dapati bahawa
adat istiadat dan hukum-hukum Islam sukar dituruti. Semasa bulan Ramadan
bulan puasa, saya dilarang menelan air liur. Apabila saya terkentut
selepas membersihkan diri sebelum bersembahyang, haruslah membersihkan
diri sekali lagi. Jika pula menguap, ayat-ayat Al-Qur'an mesti dibaca
untuk mencegah diri dari dirasuk oleh makhluk halus yang masuk melalui
mulut. Saya juga dilarang menyentuh anjing, mahupun bermain dengan
anjing mainan. Antara barang kepunyaan saya ialah rantai leher yang
terhias dengan ayat-ayat suci yang mesti ditanggalkan sebelum ke tandas.
Terdapat beribu-ribu lagi perintah-perintah yang harus ditaati sehingga
saya menjadi sangat takut sekiranya melakukan kesilapan dan seterusnya
gagal. Maka, saya tidak dapat menemui ketenteraman jiwa.
Pada
satu ketika, saya telah menerima sebuah Al-Kitab dan mula membacanya.
Saya membaca keempat-empat Injil Matius, Markus, Lukas dan Yahya di
dalam Perjanjian Baru. Setiap ayat yang dibaca menyeru kepada hati saya.
Saya dapati bahawa di depan Allah, kita semua pendosa. Tidak kira
betapa kuat dan tekunnya kita cuba memenuhi kehendak hukum-hukum itu,
kita tidak mungkin akan berjaya. Ini kerana Allah itu lebih Kudus dari
yang disangka. Cuma satu dosa memadai dalam hidup kita untuk membatalkan
kemasukan kita ke dalam Syurga. Tambahan pula saya mengakui bahawa saya
telah berdosa sekurang-kurangnya sekali di dalam hidup saya. Tetapi
Allah telahpun berfirman: (Efesus 2:8) "Hal ini demikian, kerana dengan
rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus.
Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia
Allah."
***
Pada satu hari, ayah dan saya sakit
tenat. Saya telah menemui beberapa orang doktor, tetapi mereka semua
tidak berjaya menentukan jenis penyakit itu. Biarpun saya memakan semua
ubat yang diberikan, saya merasa letih dari hari ke hari. Saya telah
hilang berat badan sebanyak dua belas kilogram dan terasa bahawa sudah
hampir tiba masanya untuk menemu ajal. Kemudian barulah saya mula berdoa
kepada Allah. Saya mengaku segala dosa-dosa saya dan memohon ampun dari
Allah. Saya menerima korban yang diberi Allah melalui anaknya Yesus
Al-Masih dan kematian Yesus sebagai ganti saya untuk dosa-dosa saya.
Walaupun saya tidak terdaya untuk makan, berdiri atau melakukan apa-apa
perkara yang fizikal - saya berupaya untuk berdoa dan bersedia untuk
bertemu dihakim-Nya pada Hari Kiamat buat selama-lamanya. Memanglah
menjadi hasrat saya untuk ke syurga.
Setelah empat atau lima hari
terlantar di dalam bilik tanpa rawatan, saya dimasukkan ke dalam
hospital. Di masa yang sama, ayah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi
(ICU). Pada satu pagi, saudara-mara saya telah mengejutkan saya dari
tidur dan menyampaikan berita sedih bahawa ayah telahpun meninggal
dunia...
Punca rasmi kematian arwah ayah ialah kerana lemah
jantung. Tetapi sebenarnya, doktor-doktor tidak dapat mengenal pasti
punca penyakit yang dihidapi kedua-dua ayah dan saya. Terdapat khabar
angin bahawa kami berdua telah diracun ataupun mangsa-mangsa ilmu sihir.
Saya percaya bahawa saya masih hidup kerana firman-Nya di dalam Markus
16:17-18 yang berbunyi "Kepada mereka yang percaya akan diberi
tanda-tanda ini: Mereka akan mengusir roh jahat demi nama-Ku; mereka
akan berkata-kata dalam bahasa yang tidak diketahui. Jika mereka
memegang ular atau meminum racun, mereka tidak akan mendapat celaka.
Jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh"
Beberapa
tahun kemudian saya telah menghidap penyakit batin pula dan pakar
psikologi tidak dapat membantu saya. Saya terkenang akan kepada Allah,
yang mampu menolong dalam situasi-situasi yang rumit; Allah yang
menyebabkan orang yang beriman kepada-Nya rela memaafkan musuh-musuh
mereka dan menyembah Dia ketika berhadapan maut di gelanggang lawan itu
(amphitheater); Allah yang mampu memulihkan apabila seorang itu terminum
racun dan juga yang rela membantu ketika kemasyghulan. Secara kebetulan
isteri saya telah membawa saya ke upacara ibadat seorang Evangelist
(pengkhabar Berita Baik) Amerika (Ray Jennings). Di sanalah kami
sekeluarga menukar kepercayaan kepada agama Kristian. Si Evangelist itu
menumpangkan tangannya di atas saya lalu berdoa untuk penyembuhan saya.
Dengan serta-merta, saya dipulihkan menurut firman Allah: "Kepada mereka
yang percaya akan diberi tanda-tanda ini: ... jika mereka meletakkan
tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh"
Pada hari ini
saya bergerak dengan kehadiran Allah dalam hidup saya dan saya tahu
bahawa Dia bersama saya. Kerana itu, saya mahu kamu tahu, wahai si
pembaca Muslim, bahawa Allah yang Esa dan benar yang diperkisahkan
Al-Kitab itu akan juga bersama-sama kamu apabila kamu membuat keputusan
untuk mengikut cara yang ditunjukkan Isa.
ENGLISH TRANSLATION Show romanizationI have a boy born to Muslim families in Malaysia. Our family has a religious and political traditions of a long and important in Malaysia. As the people celebrated in a Muslim country, Islam has played a major role in all aspects of our day.
I've
been brought up to follow Islamic customs, taught Arabic, Qur'anic
education, purification ceremonies, prayer, fasting and so forth. But
I also have the opportunity to wander and often bermastautin childhood
in various foreign countries and gain knowledge of knowledge about
cultures and different religions. My
opportunity to meet with adherents of Buddhism, Hinduism, Judaism,
Christianity and very curious, which of the only true religion. It
is clearly not possible existence of one God but there are also various
ways to know Him kerana teachings and commandments of every religion
was often bercanggah; it is not impossible that the same God who gave
the teachings of religions to mankind. Renungilah nature of his creation! Learn fizik laws. Every day we can enjoy a Creator with wisdom, knowledge and logic are not limited! Furthermore, the Creator is not possible so confuse and murky as symbolized by the religions in this world.
I remember on one occasion when was six years old. By kerana darjatnya father often average to evenly place so sometimes I do not see him for many months. One day, I am very merinduinya and want to meet. It occurred on my mind also to pray to God to bring my father home. But at that time, there is also a big problem! I
would understand how to pray in Arabic and also purification ceremony
but I did not direct erti how to pray to God for specific purposes. I am not able to pray to God to desire it in order to agree, followed by the verses of the correct and regular shape. I only know God as God is very, very far away. Holy
God that He can be reached only through a scientific deepening along
the Qur'an commands in it, purification ceremonies are correct and the
correct Arabic. Instead,
I learned that bahawa Christianity as a religion of ease, berasaskan
love and forgiveness - which sentiasa willing to accept those who are
weak and unworthy. I am always amazed when watching movies Kristian childhood. For
example, in the story of Quo Vadis, Kristian class of people who are
oppressed and diseksa by the Rom people, with a willing heart willing to
forgive the actions of the cruel Romans. Kristian
class of people that have been discarded for later dibaham wild lions
are hungry in the arena of resistance (amphitheater). Faced with death, they first praise and worship their God. I can taste a strong force that can not be explained rather than a collection of Kristian's spread. They are weak, but strong. They face death, but will certainly live forever. I am very impressed but also wrong. Finally, I made the decision to pray with the neutral and pleaded with his father's return not later than tomorrow.
The next day, there was a knock at the door. As I opened the door, saw the father's face in my direction bersenyum. My father declared he mahu memeranjatkan bahawa us by return! What a happy feeling and I know that my prayers bahawa telahpun dikabuli God. At that time, I was convinced would kewujudan God. But my heart still lies in the intention to know who God is real!
When the homeland, I found bahawa customs and laws of Islam is difficult obeyed. During the Ramadan month of fasting, I am forbidden to swallow saliva. If I terkentut after cleaning himself before praying, is to be cleaned up once again. If
you also yawn, the verses of the Qur'an must be read to prevent
themselves from possessed by spirits who enter through the mouth. I am also prohibited from touching the dog, play with dog toys mahupun. Between my belongings neck chain is adorned with the sacred texts that should be uninstalled prior to the demolished. There
are thousands upon thousands more of the commands must be obeyed, so I
became very afraid if doing oversight and so failed. So, I can not find peace of soul.
At one point, I have received a Book, and at first reading. I read the four-four Gospels of Matthew, Mark, Luke and John in the New Testament. Every paragraph that reads appeal to my heart. I found bahawa in front of God, we are all sinners. Not about how strong and we tekunnya attempts fulfill the will of those laws, it is impossible to be victorious. This kerana Holy God is greater than presumed. Only one sin is sufficient in our lives to cancel our intruding into heaven. Moreover I acknowledge I have sinned bahawa at least once in my life. Telahpun
But God says: (Ephesians 2:8) "This is so, kerana with God's grace, for
ye are ye saved through faith in Jesus. Salvation is not of your own
business, but gifts of God."
***
On one day, my dad and ill tenat. I have met some degree, but they all did not prosper determining the type of the disease. Even if I ate all ubat given, I felt tired from the day to day. I've lost weight as much as twelve pounds and feels bahawa had almost reached its time to find death. Then did I first pray to God. I confess the sins of my sins and beg forgiveness of God. I accept the casualties that were given by God through his son Jesus Messiah and Jesus' death instead of me for my sins. Although
I do not terdaya to eat, stand or do anything that fizikal case - I
tried to pray and be willing to meet his dihakim on Judgement Day for
ever. Indeed become my desire to go to heaven.
After four or five days stranded in the stall without a care, I entered into the hospital. At the same time, the father inserted into Neat Maintenance Unit (ICU). On one morning, my brother-mara has surprised me from sleeping and deliver the sad news bahawa telahpun father died ...
Rasmi stem death is the ghost of his father kerana weak of heart. But in fact, a doctoral-doctoral can not recognize certain stem disease dihidapi both father and me. There khabar bahawa wind we both have been poisoned prey or prey-sorcery. I
believe I am still alive kerana bahawa His word in Mark 16:17-18, which
reads "To those who believe the signs would be this: They will cast out
demons for the sake of my name: they will speak in the language unknown.
If they hold a snake or drink poison, they will not get hurt. If they
put your hands on the sick, the sick will be healed "
A few years later I have menghidap inner disease and psychologists also can not help me. I
remembered going to God, who can help in complex situations; God that
causes those who believe in Him willing to forgive their enemies and
worship him in the face of death in that arena opponents (amphitheater);
God that is able to recover if terminum a poison and it is also willing to assist when kemasyghulan. By coincidence, my wife has brought me to a worship ceremony Evangelist (pengkhabar Good News) America (Ray Jennings). That's where our family exchanged the faith of Christianity. The Evangelist was laid hands on me and prayed for my healing. With
alacrity, I restored the word of God: "To those who believe will be the
signs of this: ... if they laid hands on the sick, the sick will be
healed"
On this day I am moved by the presence of God in my life and I know bahawa He is with me. Kerana
that, I mahu you know, O Muslims of the reader, that God is One God and
true diperkisahkan the Book, it will also out with you when you make a
decision to follow the way Jesus demonstrated.
|